
marl59917
5 tahun
Najis cair berlendir dan lubang dubur gatal
Saya wanita umur 40 thn.masalah saya bila buang air besar selalu cair atau tdk berbentuk bercampur lendir.sdh k klinik swasta…dokt ckp saya ada buasir dn berikan ubat sapu homosal.masalah skrg lubang dubur kerap gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap bagi menegakkan sebarang diagnosis. Secara umum, najis cair disertai gatal pada lubang dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Gatal dubur akibat jangkitan kulit
- Gatal dubur akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
- Akibat intoleransi laktose seperti susu
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.