sherrinasyahruddin
3 tahun
Nak tahu keguguran atau tak
Doctor saya nak tanya hari tu 2/5/2020 saya pergi klinik swasta cek kehamilan saya tapi doc tu kata tak nampak apa2 lagi cuma kantung kecik je and dia suruh dtg selepas 3 minggu … Kebaikan hari nya saya ada alami perdarahan coklat ke merah tapi saya tak sakit perut pun … Ada kah saya keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat kemungkinan bagi pendarahan yang berlaku ketika awal kehamilan. Antaranya:
Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
Keguguran tidak lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran jenis ini jika pemeriksaan pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan anda masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.
Ovum yang hancur: Ia berlaku apabila ultrasound menunjukkan bukti bagi kehamilan di dalam rahim, tetapi embrio telah gagal untuk terbentuk di lokasi yang betul.
Kematian janin di dalam rahim: Ini berlaku jika bayi yang terbentuk di dalam rahim telah mati.
Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Kehamilan molar: Hasil ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin yang sedang membesar.
Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.