
Sulit
5 tahun
Nak tanya tentang panick attack
Helo doc, saya nak tanya tentang panick attack, sejak kebelakangan ini saya merasakan kecemasan tanpa sebab, otot terasa tegang,rasa nak pengsan dan yang paling takut ialah kehilangan nafas. Tapi doktor di klinik berhampiran kampung saya mengesahkan saya kena sakit gastrik. Tp saya rasa bukan doc.Dan saya kehilangan selera makan dan mempunyai masalah tidur malam. Adakah saya stress atau panick attack?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah keresahan boleh membawa simptom seperti:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk penilaian yang lebih teliti, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.