
gugurljenny
5 tahun
Nak tukar pil perancang
Salam Sejahtera doktor, Saya nak tanya boleh ke saya nak tukar balik pill perancang saya sebelum ni saya makan Pil Noriday selama 6bulan dan serasi dengan saya .Selepas 6bulan nurse kk suruh saya tukar kerana baby dah boleh makan bila saya makan pil Oralcon susu saya terus drop and saya sakit kepala saja ,Boleh ke saya nak ambil semula pil Noriday .??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Oralcon adalah pil perancang yang lebih rendah dosnya. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor rawatan anda tentang kesan sampingan yang anda alami supaya ubat yang bersesuaian boleh diambil.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.