damien

4 tahun

Nasihat doktor untuk orang yang ada masalah kolesterol

Apa nasihat doktor untuk orang yang ada masalah kolesterol ni? Saya baru umur 35 tapi dah ada kolestrol tinggi, nak kata saya banyak makan berlemak tak jugak. Runsing saya.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Pertamanya, takziah saya ucapkan kepada bapa anda dan saya mendoakan agar beliau kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Sakit jantung merupakan terma yang sangat luas dan kadang-kadang mengelirukan. Ada sakit yang kronik, di mana mengambil masa yang lama untuk menjadi teruk, dan ada juga yang acute bermakna kecemasan.

Seperti kes bapa anda, serangan jantung merupakan kes kecemasan yang mencatatkan bilangan kes semakin tinggi saban hari. Serangan jantung tidak dapat dikenal pasti lebih awal seperti darah tinggi. Kerana tidak ada ujikaji atau tests yang mampu menjangkakan bila serangan ini akan berlaku.

Walaubagaimanapun, serangan jantung BOLEH dielakkan dengan mengenalpasti punca dan risiko yang boleh membawa kepada serangan. Contohnya :

o Merokok : merokok meningkatkan risiko serangan jantung. Jadi dengan berhenti merokok, risiko akan berkurangan dengan banyak sekali

o Darah tinggi yang tidak terkawal : dengan mengambil ubat mengawal darah tinggi, kes serangan jantung disebabkan darah tinggi dapat dielakkan

o Kandungan kolesterol yang tinggi : seperti sedia maklum, kolestrol tinggi dalam darah akan menyebabkan plaque-plaque kolestrol terbina dalam pembuluh darah. Apabila plaque ini tertanggal, lalu dibawa ke saluran darah jantung, lantas menyumbat aliran darah (coronary arteries) inilah yang dinamakan serangan jantung. Jadi bagi mengelakkan perkara ini, anda disarankan mengambil ujian darah bagi mengetahui kandungan kolestrol dalam darah dan sekiranya diperlukan, mengambil ubat mengawal kolestrol seperti statins.

o Kencing Manis : Juga membawa risiko serangan jantung. Pastikan anda mematuhi regimen rawatan kencing manis, sama ada mengambil ubat pil atau ubat suntikan insulin

o Gaya hidup tidak sihat : ini melemahkan peredaran darah di jantung lantas meningkat kan risiko serangan. Anda disarakan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan, diet yang berkhasiat dan kurangakan tekanan minda.

Selain daripada perkara diatas, salah satu cara lain yang boleh membantu kes serangan jantung ialah dengan mengetahui apakah simptom dan tanda serangan dan sekiranya anda melihat tanda ini, panggilan kecemasan ke hospital dapat dilakukan.

Sebenarnya, lebih cepat pesakit tiba di pusat kecemasan, lebih tinggi harapan untuk pesakit pulih dan tidak mengalami kesan komplikasi serangan jantung yang anda sedia maklum. Di pusat kecemasan, para doktor dapat memberikan ubat kecemasan bagi mengembalikan saluran darah yang tersumbat tadi.

Saya syorkan bagi sesiapa yang berusia 50 tahun ke atas untuk melakukan semua saringan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya supaya dapat mengelakkan komplikasi penyakit tersebut dari tiba. Kebanyakan penyakit ini bersifat “silent” di mana tiada simptom atau tanda dan secara tiba-tiba serangan komplikasi berlaku. Saya berharap saya dapat menjawab soalan anda.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)