
Sulit
4 tahun
Ngetif tapi haid 2hari
Doktor saya lewat berapa hari period tapi saya 3kali test ngetif tapi bila period cuma 2hari je doktor dan hari 3 period saya tak dah tapi badan saya Sakit2 kenapa iya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!