
bukuberhabuk
5 tahun
Nifas berwarna kuning
Saya baru melahirkan anak lebih kurang 40hari. Darah nifas yang berwarna merah sudah tiada tapi lendir berwarna kuning sentiasa muncul dan berbau busuk tapi tiada kegatalan atau sakit lain. Adakah lendir berwana kuning ini keputihan biasa? Saya keliru sama ada ianya darah nifas atau keputihan biasa yang berbau busuk dan saya harus mandi wajib.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, Sama ada puan melahirkan bayi secara normal (melalui faraj) atau secara pembedahan (caesarean section), memang dijangka darah nifas akan keluar sebaik sahaja selepas bersalin. Ini adalah salah satu cara tubuh membersihkan rahim. Di minggu pertama, darah akan keluar banyak bersama ketulan-ketulan atau darah beku adalah dipanggil darah nifas. Selepas 10 hari, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Lokia adalah cecair badan yang boleh kelihatan jelas berwarna putih krim. Anda tidak perlu mandi wajib sekiranya lokia ini berlaku. Walaubagaimanapun, sila tanya kepada ustaz/ustazah bagi mengesahkan informasi tersebut.
Buat pengetahuan puan, cecair ini boleh keluar berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusukan anak atau sedang menyusukan anak. Selepas kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Tanda-tanda pendarahan yang membimbangkan adalah seperti berikut:
- Pendarahan yang memenuhi tuala wanita pada setiap jam
- pendarahan yang berserta dengan kesakitan yang teruk
- demam tiba-tiba
- pendarahan secara berterusan lebih dari tujuh hari
Sila hubungi doktor anda jika Puan mengalami tanda-tanda ini atau sebarang tanda lain yang membimbangkan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.