
Sulit
5 tahun
Normal atau tidak seseorang mempunyai tahi lalat pada tempat yang tertentu
Normal tak lelaki mempunyai tahi lalat yang banyak di bahagian kemaluan nya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, tahi lalat boleh timbula di setiap bahagian tubuh badan dan tiada kemudaratan atau bahaya jika terdapat ia ada pada kemaluan.
Untuk makluman anda, tahi lalat adalah merupakan pengumpulan pigmen melanin dibawah kulit. Justeru, tahi lalat biasanya berwarna coklat kehitaman.
Untuk pengetahuan anda, masalah kulit seperti tahi lalat yang berpotensi menjadi kanser mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- bentuk tahi lalat tidak simetri
- batas tepi yang tidak sekata
- warna yang lebih satu
- lebih besar dari suku inci
- membesar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.