
Sulit
4 tahun
Normalkah jika air mani suami meleleh keluar dari faraj selepas bersama?
hi doc sye nk tnye normal ke kalau lepas sye bersama wife air mani meleleh keluar dari faraj sewaktu saya menarik keluar penis? adakah itu salah satu tanda kurang subur?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, air mani meleleh keluar bukan lah tanda masalah kesuburan. Untuk mengetahui tahap kesuburan, anda harus melakukan pelbagai ujian untuk melihat pada hormon serta organ peranakan anda untuk menentukannya.
Selain itu, air mani yang meleleh keluar tidak menandakan bahawa ianya tidak mengalir ke ovari. Sejujurnya, kita tidak dapat memastikan sekiranya sperma itu berenang ke ovari atau tidak dengan mata kasar sahaja.
Air mani yang meleleh keluar juga boleh di lihat sebagai perkara yang positif kerana bermakna, air mani anda mencukupi
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah