
Sulit
4 tahun
Nyeri di perut hingga ke dubur
saya wanita awal 20an.Saya nyeri di bawah perut sampai ke lubang dubur.Serta bila saya buang air besar atau cangkung terlalu lma,akan ada benjolan yg keluar. Dan benjolan tu akan surut smula dan keluar semula bila saya buang air besar. Sy tak pernah mgalami berak berdarah.Knpa ya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan yang terdapat pada daerah dubur anda boleh disebabkan:
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Atau gangguan saluran pencernaan seperti: - Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
- Angin pasang (baca: hernia )
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.