
Sulit
4 tahun
Nyeri pinggang smpai tdk bisa berlutut
Barusan dapat haid terus nyeri pinggang belkng luar biasa nyerii smpai gk bsa melutut dok, kira² knpa ya dok??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda. Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah begitu seperti:
- Kekejangan otot pinggang
- Senggugut mungkin disebabkan oleh kontraksi rahim
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Jangkitan salur kencing
- Penyakit kelamin
- Radang organ pelvis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau sakit semasa haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda sakit pinggang dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.