
Sulit
4 tahun
Obesiti - berat badan semakin menaik selepas berhenti mengambil ubat dan bersalin anak ketiga dan keempat, serta terus menaik sehingga mencapai BMI 35
salam sejahtera doktor, sebelum ini saya memang mengambil Aslene selain Duromine 30 untuk mengawal berat badan. 5 tahun lepas saya berhenti mengambilnya dan berat badan semakin naik selepas saya bersalin anak ketiga dan keempat. Buat pengetahuan doktor, BMI saya 35.2. selain aslene, adakah ubat lain yang boleh membantu saya menurunkan berat badan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah perubahan gaya hidup yang lazimnya ditawarkan oleh pihak kesihatan.
Umumnya perubahan gaya hidup tersebut termasuk
- kelaziman eksesais atau bersenam
- tabiat pemakanan dan diet sihat
- mencari hobi atau alternatif yang produktif untuk di isi sehari-hari
- jauhi aktiviti pasif yang boleh menurunkan momentum anda untuk kekal sihat
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen yang anda sebutkan diatas mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.