
masurinafu
4 tahun
OKU dan Sengugut tanpa haid
Salam, adik ipar saya berumur 34 tahun dan hanya pernah mengalami haid pertama. sehingga kini tidak lagi datang haid. namun setiap minggu atau bulan pasti mengalami sakit perut seolah sengugut. bagaimana cara untuk mengubatinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dialami oleh adik ipar anda boleh disebabkan:
- Endometriosis - iaitu ketumbuhan sel lapisan rahim di luar rahim
- Sindrom Polisistik Ovari
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Kanser ovari/serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, adik ipar anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.