
Sulit
3 tahun
Onani kerap akibat kepada
Saya kerap onani , luaran dan dalaman . Adakah akan melibatkan kesuburan saya . Atau menyukarkan untuk saya mengandung nanti ? Period saya tidak teratur . Adakah boleh menyebabkan mandul ? Atau apa . Kadang ii sakit dekat ari ari .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait tabiat onani dan kesihatan seksual dan kelamin anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tabiat onani yang terlalu kerap merupakan tabiat yang tidak sihat dan kegagalan untuk mengawal tabiat tersebut lazimnya memerlukan bantuan profesional. Selain itu, onani yang terlalu kerap berisiko untuk berlakunya
- ketagihan
- gangguan emosi
- trauma kelamin
- jangkitan kuman
- penurunan kesihatan seksual
Namun begitu period yang tidak teratur dan sakit ari-ari juga boleh menandakan gangguan yang serius yang memerlukan pemerhatian doktor, seperti,
- jangkitan pada kelamin
- endometriosis
- PCOS
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.