
Sulit
4 tahun
Operate apendiks & usus
Saya wanita berusia 24tahun dan sudah berkahwin. 3 minggu lepas saya sudah menjalani pembedahan appendix dan usus. Docter yang merawat saya bagitahu usus kecil sy pecah sikit dan mereka sudah buang. Usus saya jugak mengalami keradangan berwarna merah dan jugak berlendir. Itu sedikit penjelasan dari saya , sekarang saya mula menghidap demam secara on off setiap malam . Suhu saya akan tinggi lebih kurang 38 ke atas dan 39.1 setiap hari . Perlu ke saya berjumpa docter semula di hospital atau tak ? Saya tiada gejala lain kecuali demam setiap malam. Terima kasoh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, oleh kerana anda mempunyai sejarah pembedahan 3 minggu lalu anda harus berjumpa semula dengan doktor. Hal ini penting kerana anda mungkin mengalami jangkitan kuman. Diagnosis ini boleh disokong dengan simptom lain seperti sakit di bahagia bedah atau anda mengalami masalah membuang air besar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.