
Sulit
4 tahun
Operation buang virus hpv di pangkal rahim
Hi saya dijangkiti virus hpv 16 .saya telah menjalani biopsy dan autopsy. Selepas itu saya ada menjalani operation buang pangkal rahim dlm 1.5cm. Dan akn ada lagi appointment utk review.soalan sAya adakah keberangkalian saya ada kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, untuk mendiagnosis sebuah penyakit seperti kanser, pemeriksaan menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. HPV 16 adalah virus penyebab yang kerap (50%) menyebabkan kanser serviks. Akan tetapi, mengesan kanser serviks dengan cepat dan mendapatkan rawatan segera daripada pakar boleh menyelamatkan pesakit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!