
Sulit
4 tahun
Opk negative dan kekerapan cramp
Saya berumur 23 tahun , saya ada mengalami cramp di bawah perut & kerap , keletihan dan sukar tidur . lewat period dah 9 hari . Tiada Check opk negative . Tapi belum buat ujian kehamilan . Adakah kemungkinan saya hamil ? Bilakah waktu yang sesuai untuk saya buat ujian kehamilan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.