
Sulit
3 tahun
Oral Sex dengan partner saya dan agak cuak sebab ianya kali pertama untuk kami
Hi doc, sebelum ni saya ada buat oral sex dengan partner saya. Saya nak tanya, bolehkah STD tersebar antara kami berdua walaupun kami berdua tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan std dan oral sex ini juga adalah pertama kali kami lakukan bersama?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami anda ingin mengetahui jika jangkitan STD atau kelamin boleh berlaku diantara pasangan yang tidak mempunyai jangkitan kelamin.
Untuk pengetahuan anda, jika kedua-dua pasangan tidak mempunyai penyakit jangkitan kelamin, jangkitan tidak boleh berlaku.
Secara umumnya, seseorang individu yang mempunyai jangkitan kelamin boleh menjangkiti pasangannya walaupun tanpa mengalami gejala atau simptom. Jangkitan juga boleh menular melalui hubungan seks, oral seks ataupun berciuman.
Penyakit jangkitan kelamin boleh menyebabkan komplikasi yang serius jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera.
Jika anda mempunyai persoalan lain tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.