
Anonymous
2 tahun
Ovarian cyst dan bersukan
Baru-baru ini saya disahkan mempunyai cyst ovary. Adakah aktiviti seperti jogging, running dan hiking akan lebih memudaratkan kesihatan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah penyakit biasa. Mereka boleh berlaku semasa tahun kanak-kanak atau selepas menopaus. Kebanyakan ovarian cyst adalah jinak (bukan kanser) dan pergi sendiri tanpa rawatan. Amat jarang sekali ovarian cyst menjadi kanser
Sesetengah ovarian cyst boleh menyebabkan rasa sakit yang lemah atau tajam di dalam perut dan sakit semasa aktiviti tertentu. Ovarian cyst yang lebih besar boleh menyebabkan ovari terputar. Akan tetapi, kebanyakan cyst adalah fungsional yang mana bermaksud ia akan hilang sendiri dalam 6-8 minggu tanpa perlu perawatan. Justeru, sukar untuk menilai apakah aktiviti-aktiviti diatas akan memudaratkan ovarian cyst anda tanpa mengetahui detail jenis cyst yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.