
pa3nadiah
2 tahun
Ovarian cyst dan retroverted uterus
Saya wanita berkerjaya berusia 30 tahun sudah berkahwin selama 2 tahun dan belum mempunyai anak. Saya telah di diagnosed dengan penyakit ovarian cyst dan retroverted uterus. Persoalan saya adakah sama retroverted uterus dengan rahim kecil dan pada pandangan doktor apakah rawatan terbaik untuk saya kerana saya sangat ingin untuk mengandung dan mempunyai anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kondisi rahim kecil dan “retroverted uterus” adalah tidak sama. Retroverted uterus merujuk kepada kondisi dimana rahim anda mempunyai kedudukan yang menghala ke punggung berbeza dengan kebanyakkan orang yang mempunyai rahim menghadap pundi kencing. Masalah sukar hamil anda boleh disebabkan samada ovarian cyst ataupun tidak. Hal ini kerana, kebanyakkan ovarian cyst adalah kecil dan sedikit dan hilang dengan sendirinya. Sekiranya ia banyak dan mengganggu kitaran haid anda, ia akan dipanggil sebagai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).
Namun begitu, masalah kesukaran hamil ini boleh terjadi atas faktor perempuan ataupun lelaki. Faktor lelaki seperti sperma tidak cukup, sperma kurang matang dan lain-lain lagi. Oleh itu, anda dan suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.