
Sulit
4 tahun
Ovary not visualized
Saya berumur 30 thn, pada bulan 12 tahun 2019 sy telah melakukn operation membuang cyst pd ovari sblh kanan. Skrg sy ada membuat scan ultrasound pada bahagian pelvic. Dan result ada mengatakn ovary not visualized pada bahagian kanan. Sonographer tidak menerangkn apa2. Apa yg dimaksudkn not visualize tersebut. Ovari kiri ok.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan imbasan ultrasound untuk tidak dapat mengesan ovari anda adalah:
- ovari mengecil ataupun terlalu kecil
- gas dalam usus menutup ovari daripada dikesan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.