
athaimandhiya
2 tahun
Ovum kecil ( tk matang)
Salam … doc…
Saya wanita 30 an… sudah berkahwin…
Saya mempunyai masalah ovum kecil2… xmemenuhi kantung ovum pun… malah keluar sekali 3 kecil2 …
Rahim okey… cuma pengeluaran telur yg byk kecil2…
Soalan saya…
Adakah boleh sya hamil? Sekiranya keadaan ovum saya begitu?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, peluang untuk hamil bagi anda masih ada dengan keadaan ini. Bahkan sekiranya setiap kali ovulasi, terdapat lebih dari satu ovum yang matang terhasil, kemungkinan kehamilan kembar pula adalah tinggi. Namun perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku, iaitu ketidak-suburan hasil tiada ovum yang cukup matang untuk disenyawakan. Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca masalah tersebut serta rawatan yang diperlukan. Sekian