
Sulit
4 tahun
Pagi-pagi akan muntah berwarna kuning pahit setiap hari
hi, saya pelajar yang berusia 23tahun. pagi-pagi setiap hari saya akan muntah asid berwarna kuning. sangat pahit. akan tetapi kenapa hari hari? kadangkala juga tidak mengeluarkan asid, keluar angin sahaja, akan push keluar tapi tak ada apa apa pun keluar. sampaikan perut saya seperti ditekan. adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gastritis
- Pedih ulu hati atau GERD
- Ulser peptik (duodenum atau perut)
Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ia mungkin berpunca atau menyebabkan masalah yang lebih serius. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan boleh diberikan dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.