Sulit
6 tahun
Pakai iucd tapi lewat haid
Saya telah memakai iucd selama setahun setengah. Untuk nulan ini haod saya telah lewat selama 3 hari. Sebelum ini saya ada mengambil produk yang mengandungi kolagen. Adakah ia menggangu kitaran haid saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan/IUCD
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun, bagi mengecualikan kehamilan, anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























