
Anonymous
5 tahun
Pakai perancang jenis cucuk tapi tak datang period
sy start cucuk bulan 11… bulan 12 hingga bulan 5 period dtg cuma xnormal dgn kuantiti dan masa x tentu. sy ad lewat cucuk dua mnggu dan bru start cucuk blik mggu lepas…smpai skrg tiada tanda nk period…normal je

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.