
Sulit
4 tahun
Panas Badan/Dalam Tetapi Tidak Demam
Saya tidak mengalami demam kerana telah berjumpa dengan Dr di klinik pada kali pertama saya berasa panas badan. Dr pun telah mengesahkan ia. Kini, saya sekali lagi berasa panas dalam dan telah pergi untuk memeriksa suhu, namun suhu saya hanyalah 35.7 sahaja. Saya berasa pelik kerana, badan saya berasa panas. Saya tidak mengalami selesema atau batuk yang teruk. Saya juga berpeluh seperti biasa memandangkan kawasan saya sering mengalami panas kering yang melampau. Selera makan, deria rasa dan lain-lain juga tidak mengalami perubahan. Apakah yang saya perlu lakukan? Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah badan terasa panas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cuaca panas
- Kurang minum air
- Minum minuman memanaskan badan seperti kopi, alkohol dan sebagainya
- Makan makanan yang memanaakan badan seperti ginseng, halia dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya anda mengalami simptom yang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.