achox25skan
5 tahun
Panas dalam berkahak dan sakit2 kepala
Saya berumur 43 thn dan merupakan pesakit asma dah 5,6 hari sya rasa panas dalam sakit2 kepala dan berkahak rasa semput guna inhaler 3,4 kali jg sehari tp sya x batuk dan x selsema dpagi td sya bangun pinggang belah kiri saya sakit sikit lepas tu tapak kaki dan jari kaki macam ada berkaran, sya juga pernah minggu lepas duduk dgn jemaah tabligh yg pergi ijtimak Sri Petaling tp dia kata dia dah buat saringan dan neg atif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom anda, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Simptom-simptom yang telah anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Migrain
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya inhaler anda tidak dapat mengawal simptom semput anda atau sekiranya keadaan anda semakin teruk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































