
Sulit
3 tahun
Panau di bahagian belakang badan,perut,leher dan pipi
Saya remaja 20 tahun, saya sudah lama mengalami penyakit panau di badan terutama di belakang badan,perut,leher dan pipi, namun ianya tidaklah menyebabkan kegatalan, sudah hampir 3-4 tahun.Apakah ubatan yang sesuai utk digunakan?adakah ubat sapuan atau ubat makan?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan kulit anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah panau di badan terutama di belakang badan, perut, leher dan pipi. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan dengan baik.
Untuk makluman anda, panau adalah jangkitan kulat pada kulit yang boleh disebabkan oleh:
- Kulit berminyak
- Persekitaran panas dan lembap
- Imun sistem lemah
- Hormon yang meningkat
Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘ pityriasis versicolor ’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Penyakit lain yang mimik sebagai panau termasuklah:
- Vitiligo (sopak)
- Tinea corporis(kurap)
- Pityriasis rosea
- Psoriasis
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh berkemungkinan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat supaya rawatan yang sepatutnya dapat dilakukan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kulit kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!