
Sulit
4 tahun
Pancut air mani berdarah
Sy berumur 28thun sda brkwin 1anak…sy nak tanya apa puncah air mani berdarah smasa brsma istri?..dan sblm ne zakar sy macam ada luka2 bawa kepala zakat…apa yg saya perlu lakukan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah air mani disertai darah boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Trauma kulit zakar
- Tanda-tanda awal gangguan prostat atau neoplasma
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
Atau ia juga boleh berpunca dari:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah