
Sulit
3 tahun
Pancut awal dan Tempoh masa
Ada x ubat yg paling berkesan untuk seks tahan lama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda merasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang dijual di farmasi ataupun klinik, haruslah dengan indikasi yang jelas. Sejarah tentang penyakit anda serta pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum doktor memberikan sebrang ubat-ubatan tertentu kepada pesakit. Hal ini adalah kerana setiap ubat mempunyai cara minum yang tertentu dan dos yang tertentu mengikut berat badan seseorang.
Oleh itu, saya mencadangkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor