
wondergsylar26
5 tahun
Paras Gula Dalam Darah
Saya berumur 27 tahun lelaki. Paras gula 2.5 tanpa puasa. Adakah normal? Ibu bapa ada kencing manis

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Oleh itu, anda tidak mempunyai kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, paras gula anda tanpa puasa sangat rendah, (<4 dianggap rendah). Kemungkinan besar anda mengalami hypoglycemic.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti simptom paras gula rendah (pening,rasa dahaga yang berlebihan)
Anda digalakkan untuk menguji paras gula anda sekali lagi di bawah kondisi yang tepat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih