
Sulit
4 tahun
Pasal pyakit kelamin atau vagina
Hye doktor… Sy ingin btanya kawan sy umur nya lingkungan 25 tahun… Dia btnya kpd sy… Vagina nya berbintik merah dan melebihi 5… Dan dia akn gtal dan skit apabila mahu membuang air kecil. Adakah itu pyakit kelamin atau normal… Dia tidak melakukan sek bebas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala bintik-bintik merah dan terasa gatal dan sakit ketika kencing. Untuk makluman anda, masalah yang dihadapi oleh kawan anda lebih tepat dijelaskan sebagai penyakit kelamin atau penyakit kulit, seperti:
- Ekzema
- Alahan kulit atau vulva yang boleh disebabkan oleh serbuk cuci kain, losyen, ubat, atau kain.
- Keradangan vulva atau vagina (_vulvavaginitis)
- Jangkitan STI (sexual transmitted infections)
- Jangkitan herpes
- Jangkitan HPV yang bercirikan ketuat (warts)
- Jangkitan kulat
- Jangkitan bakteria seperti chancroid
- Syphilis
- Jangkitan virus seperti molluscum contagiosum
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kemungkinan besar masalah yang rakan anda alami adalah disebabkan kurang penjagaan kebersihan diri atau juga disebabkan alahan. Kadangkala, ada juga penyakit kelamin yang boleh dihidap tanpa melakukan seks seperti jangkitan HPV dan sebagainya. Oleh itu, kami sarankan anda membawa rakan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi menjalani siasatan lanjut mengenai masalah anda agar mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah