
Sulit
3 tahun
Pasangan seks bermata kuning
Hai doktor. Saya adalah lelaki berumur 23 tahun. Baru2 ni, saya ada melakukan seks oral dengan seorang lelaki, tanpa memakai kondom (hanya oral). Saya juga pernah melakukan aktiviti ini dengan dia pada bulan 4, dan telah mengambil ujian darah hepatitis B pada bulan 5 (non reactive). Tapi saya risau kerana lelaki ini mempunyai mata yang kekuningan. Adakah itu kerana dia menghidap hepatitis? Saya ingin buat ujian darah hepatitis lagi, namun bilakah waktu yang sesuai untuk ujian itu dari tempoh selepas oral seks yang terbaru?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, mata kuning boleh disebabkan oleh jaundice. Selain itu, mata kuning juga boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang berwarna kuning/oren. Namun, kebiasaanya, mata kuning adalah berpunca daripada jaundice. Jaundice bermakna tahap bilirubin dalam darah adalah secara berlebihan. Ia boleh disebabkan oleh :
- Penyakit hati seperti hepatitis
- Masalah pada saluran hempedu
- Hemolytic anemia
- Pankreatitis
Jangkitan Hepatitis B boleh dikesan melalui ujian darah selepas 4 minggu dari tarikh pendedahan kepada virus tersebut. Oleh itu, anda boleh mengambil ujian darah selepas 4 minggu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.