
Sulit
4 tahun
Pastinor ketika subur
Saya ingin bertanya,sekiranya isteri saya dalam keadaan subur,adakah postinor akan berkesan sekiranya ambil terlebih awal dan melakukan hubungan selepas beberapa jam kemudianya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pil postinor ialah pil kecemasan yang diambil jika anda terlanjur bersama pasangan tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan dan tidak beringinan untuk hamil. Cara menggunakan pil postinor 2 ialah dengan mengambil dos yang pertama seawal-awalnya kurang daripada 72 jam selepas melakukan seks tanpa perlindungan. Dos kedua diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama.
Antara kesan pengambilan pil postinor ialah untuk mengelakkan daripada hamil. Selain itu, kesan sampingan lain pil ini adalah seperti keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai pil postinor, anda digalakkan untuk menghubungi doktor atau farmasi berhampiran. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.