
Sulit
3 tahun
Payu dara semasa remaja tenggelam /kedalam
Semasa umur saya remaja,saya hairan kenapa puting areola saya tenggelam /kedalam.boleh saya tahu sebab serta cara urutan yang betul.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, situasi ini dikenali sebagai “inverted areola”. Keadaan ini selalunya berlaku secara semula jadi. Jika anda ingin memastikan bahawa anda mempunyai inverted areola, cuba melakulan ujian mencubit 1-inci daripada puting. Jika areola anda timbul maka ia bukanlah inverted areola.
Cara untuk merawat inverted areola adalah:
- Pam payudara
- Stimulasi (sama seperti ujian mencubit)
- Botoks
- Pembedahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.