
Sulit
3 tahun
Payudara keluar cecair jernih
Saya seorang wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin, soalan saya kenapa puting payudara bahgian kanan mengeluarkan cecair jernih, apabila dipicit , tidak rasa sakit, apakah punca dan solusinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kesan pengaruhan hormon
- Masalah saluran payudara
- Masalah kelenjar
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Masalah buah pinggang
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.