
Sulit
3 tahun
Payudara sakit setelah anak terpijak
Selamat sejahtera doc. Sy wanita umur 29tahun. Seminggu lalu anak saya berumur 3 tahun tidak sengaja terjatuh atas saya dan terkena payudara sebelah kanan saya. Semasa kejadian, saya tidak merasa sakit, tetapi 3 hari selepas itu, payudara terasa sakit, dah terasa kebengkakan pada payudara. Sehingga sekarang, seminggu selepas kejadian, terdapat ketulan besar pada payudara saya dan msakit apabila sy menekan pada bengkak tersebut. Sy ada memicit puting keluar cecair berwarna kuning sedikit, hanya sekali. Sekarang bila saya picit puting tiada keluar apa² cecair.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Bendungan payudara
- Bengkak susu
- Mastitis
- Abses payudara
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan