
Sulit
3 tahun
Payudara tenggelam adakah tanda awal kanser payudara
Saya berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Saya agak risau sebab sering terbaca dan terdengar kalau puting kedalam atau tenggelam salah satu tanda kanser payudara. Puting disebelah kanan saya tenggelam sudah agak lama. Cuma saya tak pasti sejak bila terjadi. Saya nak tahu adakah itu normal atau bahaya dan boleh jadi kanser payudara. Atau bolehkah jadi punca keturunan dari family puting tenggelam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, penyongsangan puting kongenital yang berlaku sejak lahir adalah perkara biasa dan tidak selalunya sesuatu penyakit, sebabnya tisu penghubung atau saluran yang kuat dalam payudara yang menyebabkan penarikan tersebut.
Sekiranya, penyongsangan puting pada 1 sisi sahaja serta diperoleh, mungkinnya disebab oleh perkara lain, contohnya:
- Penyakit keradangan payudara seperti ektasia saluran
- Jangkitan pada payudara
- Ketumbuhan
- Ketidakseimbangan hormon
- Kecederaan pada tisu dalam payudara
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.