
Sulit
3 tahun
Payudara tidak sama saiz
saya berumur 18 tahun . tadi saya bangun dari tidur dan perasan yang payudara saya sebelah kanan kecil . sudah tidak sama saiz lagi . normal ke tu doktor ?

3 tahun
Salam sejatera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegelishan anda dan akan cuba memberi penjelasan mengenai perkara ini.
Untuk makluman anda, hampir semua individu mempunyai saiz payudara yang tidak simetri. Hal ini satu perkara yang biasa dan tidak membimbangkan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh menyebabkan saiz payudara yang tidak sama.
Antaranya :
- Perubahan hormon
- Trauma di payudara
- Fibrocystic breast
Walaubagaimanapun, terdapat penyakit yang lebih serius yang dikaitkan dengan saiz payudara yang tiday simetri, seperti kanser payudara terutamanya jika diiringi dengan kebenjolan di payudara atau di ketiak, perubahan pada puting atau kulit payudara dan keluaran cecair dari puting.
Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor bagi mengetahui punca masalah anda supaya rawatan yang tepat boleh diberikan.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.