
Sulit
3 tahun
Pecah Dara atau tidak
Saya berumur 24 tahun Dan baru saja berkahwin lebih kurang 5 bulan yang lepas. Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak tahu bagaimana cara saya nak mengenalpasti bahawa saya sudah pecah dara atau tidak. Semasa persetubuhan kali pertama, penetrasi gagal dilakukan ke dalam lubang vagina saya, mungkin kerana gementar atau saya mengalami vaginismus. Tetapi selepas itu, saya secara perlahan berjaya melakukan persetubuhan bersama suami saya. Cuma saya keliru adakah saya sudah pecah dara atau tidak. Vagina saya tidak mengalami sebarang pendarahan semasa bersetubuh. Cuma rasa sedikit pedih dan merasakan penetrasi tidak dalam. Boleh doktor bantu saya. Saya mahu anak. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Kurang bersedia dan tidak relaks sebelum penetrasi
- Cervicitis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor