Sulit

4 tahun

Pedih bahagian perut . Penyusutan anggota kaki

SIMPTOM IBU
Assalamualaikum doktor dan salam sejahtera…ibu saya ini mengalami penyusutan anggota tubuh bahagian kaki. Dia mengalami sakit sendi ,tulang bergegar, lenguh badan/kelihatan lesu , kurang selera makan , banyak kali sendawa selepas makan , mengalami pedih di bahagian perut . Sebelum ini ibu saya membuat pemeriksaan di klinik daerah dan mengambil sample najis dia dan doktor mendapati najisnya mengandungi darah. Buat masa sekarang , ibu saya masih boleh berjalan . Apa pendapat doktor bagaimanakah rawatan , tindakan awal dan cara pemakanan terbaik untuk menyembuhkan ibu saya.

Rosman ,
Tawau , Sabah .

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!

Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk pengetahuan anda, berikut merupakan sebab-sebab berlakunya najis yang mengandungi darah:

  • Buasir
  • Fisur dubur (Anal fissure)
  • Penyakit keradangan usus seperti ulser usus (Ulcerative Collitis, Chron’s Disease, dll.)
  • Pendarahan pada usus separuh atas (Upper GI bleeding)
  • Gangguan pada saluran pencernaan (i.e. gastrik, peptic ulcer, dll)**

Untuk makluman anda juga, gejala lain yang dialami oleh ibu anda pula boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • keletihan yang terlalu berat
  • komplikasi gangguan saluran pencernaan
  • faktor umur dan keuzuran

Buat sementara waktu, kami nasihatkan ibu anda untuk:

  • mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti
  • pastikan sleep hygiene yang bagus (7-8jam sehari)
  • jangan melangkau waktu makan (skip meals)
  • jauhi faktor-faktor yang boleh memicu stres atau tekanan
  • merujuk ke doktor pakar sekiranya hasil pemeriksaan najis telah dikeluarkan

Ibu anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:

  • mual / muntah
  • pening / sakit kepala
  • pitam / tidak sedarkan diri
  • hilang selera makan atau penurunan berat badan yang mendadak
  • gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:

  • analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan darah
  • pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)

Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_345259676

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)