
anieamin80
5 tahun
Pedih dada selepas makan ubat
Saya Ada mngalami ketakselesaan pernafasan baru2 ini.sy pergi ke klinik dan doktor kta sya alahan.sya diberi ubt pening sbb sy terkdang rsa mual.ubt stress dan ubt radang@alahan.slepas sy mkn ubt berikut dada dankwasan skitar hingga tmbus ke belakang rsa pedih dan panas.skrang tekak sy rsa xselesa.bleh doktor beri penerangan tntg msalh yg sy alami

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sesak nafas boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.