
Sulit
4 tahun
Pedih dan sakit semasa dan selepas bersama dengan suami
Saya berumur 22 tahun. saya mempunyai seorang anak berumur 4bulan. Semasa bersalin jahit saya terbuka dan saya tak jahit semula. Selama 4bulan ni saya baru bersama dengan suami. Semasa saya bersama rasa sakit dan pedih. Selepas bersama pun saya rasa sakit dan pedih bila buang air kecil.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika bersama suami. Untuk makluman anda, sakit ketika bersama atau dikenali sebagai dyspareunia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Keadaan faraj yang kering berpunca daripada bersalin, menyusu, atau ubatan
- Jangkitan kuman seperti kulat atau jangkitan di saluran kencing
- Trauma di dalam faraj akibat bersalin atau lain lain
- Keradangan faraj
- Sista (cyst)
- Penyakit keradangan rahim (PID)
- Fibroid
Setiap kondisi di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Oleh itu sekiranya masalah yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor.
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan sakit ketika bersama:
- Gunakan pelincir larut air
- Lakukan hubungan seksual ketika anda dan pasangan anda relaks dan santai.
- Berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan anda mengenai kesakitan anda.
- Kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan hubungan seks.
- Mandian suam sebelum melakukan hubungan seks
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.