Sulit
4 tahun
Pedih di bahagian mulut zakar sewaktu buang air kecil
Semalam saya tertidur dan bila saya terjaga saya terasa terlalu tidak tahan untuk buang air kecil dan semasa saya buang air kecil, air kecil saya keluar dgn kuat an tersa pedih di bahagian mulut zakar kemudian saya melihat ada darah yang menitis dari zakar. Selepas cuci kemudian saya perasan masih ada darah yang keluar di seluar saya. Perkara ini bermula disebabkan saya menahan untuk membuang air kecil pada malam itu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepedihan di mulut zakar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Halangan pada saluran kencing
- Batu karang
- Kanser
- Trauma pada saluran kencing
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.



























