
Sulit
4 tahun
Pedih ketika hubungan kelamin
Saya rasa pedih berangin ketika bersama suami setelah habis uzur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pedih/ sakit ketika berhubungan seksual. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.