Anonymous
4 tahun
Pedih ketika kencing dan gonorrhea
Saya lelaki berumur 20an telah mengalami pedih ketika kencing dan terdapat ade lelehan nanah pada saluran kencing. Bantu saya cara utk cegah gonorrhea dan mahu dapatkan ubat.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak tuan, gejala yang anda alami tidak semestinya adalah jangkitan gonorrhea. Selain gonorrhea, terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan gejala yang sama seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan Klamidia
- Jangkitan Trichomonas
- Jangkitan Herpes
- Penyakit Kelamin yang lain
Untuk mencegah masalah jangkitan kelamin seperti gonorea, adalah penting untuk tidak mengamalkan seks rambang dan perlu menjaga kebersihan kawasan kelamin.
Bagi menjawab tentang ubat yang diperlukan, punca gejala anda haruslah diketahui. Sila rujuk kepada doktor dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi melalui atas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.