
Sulit
5 tahun
Pedih pada bahagian testis kiri
Hai Dr. Sy berumur 26 tahun dan merupakan seorang bekas atlit Karate. kini saya bekerja di pejabat sahaja dan tiada lagi melakukan aktiviti senaman seperti dahulu. Sejak beberapa bulan yang lalu, saya mula mengalami kesakitan di bahagian testis kiri seperti berdenyut dan kesakitan tersebut akan menyebabkan saya tidak boleh berdiri langsung. Akan tetapi, kesakitan ni hanya berlaku dalam beberapa saat sahaja tidak lebih daripada 10 saat. Kekerapan perkara ini berlaku semakin tinggi dan saya sangat risau sekiranya boleh membuatkan saya mandul atau anak kurang sempurna. Saya juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun ini. Mohon pencerahan dan nasihat Dr. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat risiko kemandulan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.