
vibezlte
5 tahun
Pedih ulu hati / Gastrik
Ibu saya berumur 52 tahun, mengalami masalah pedih ulu hati / gastrik selama 24 tahun.
Pernah berjumpa doktor pakar mengenai penyakit ini namun doktor berkenaan mengesahkan yang sakit yang di alami oleh ibu saya akibat terlalu minum teh. Tetapi sehingga kini ibu saya masih mengalami gastrik walau telah berhenti mengambil minuman teh.
Ketika gastrik, ibu saya merasa sakit dada dan sudah bernafas sehingga seluruh badan terasa kebas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, teh hanyalah salah satu punca yang dapat memicu kejadian gastrik. Sebetulnya, gastrik terjadi akibat pelbagai faktor pemicu. Selain itu, pedih ulu hati pula terjadi apabila asid dan isi perut tertolak naik sehingga menimbulkan keradangan dan menimbulkan gejala-gejala seperti pedih, mual, muntah, dan kembung.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi dan meneutralkan asid perut yang naik. Akan tetapi, ubatan sahaja tidak cukup.Ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein (seperti teh dan kopi), minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Selain faktor usia pada ibu anda, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor sekiranya terdapat gejala-gejala dibawah.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Merujuk kepada keluhan kebas seluruh badan, kenyataan ini memerlukan keterangan lanjut. Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dijelaskan lagi serta dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih