
mr.hope0808
5 tahun
Pedih ulu hati,kembong perut
Saya berumur 33 tahun,Saya alami masalah pedih ulu hati.bila sendawa ada bau gas dan rasa tak selesa dikerongkong,Sekarang perut pula dah kembong.Adakah masalah ini ada kaitan dgn migrain atau tak sbb ia berlaku selepas pulih dari migrain atau kesan sampingan pil naproxen yg saya telan tiap kali migrain datang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik) - akibat pengambilan ubat Naproxen iaitu sejenis ubat kelas NSAID. Ubat ini memberi kesan peningkatan asid dalam perut yang menyebabkan gejala yang anda alami
- Masalah ulser perut - juga boleh berkait dengan ubat yang anda ambil
- Masalah kurang penghadaman - akibat masalah asid lebih, atau masalah hempedu/pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Pada masa kini, anda boleh berhenti mengambil ubat ini dan menggantikan dengan ubat lain bagi masalah migrain anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.