Sulit
4 tahun
Pedih ulu hati seminggu lebih dan nak muntah
Assalamualaikum dan Salamsejahtera doktor.Semenjak sudah seminggu lebih saya berasa pedih ulu hati…Selepas mkn sy berasa pedih ulu hati yang teramat.Ini juga termasuklah wktu saya nak berbaring.Saya juga rasa kurang selera mkn dan sering rasa nak muntah.Saya seorang lelaki,perokok dan seorang yg ada gastrik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
GERD (gastroesophageal reflux disease)
Gastritis (keradangan perut)
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.